Wanita berusia 72 tahun yang melanggar perintah kuarantin rumah mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama satu hari serta denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.<br /><br />Tertuduh, Nur Emah Mohamad Hashim, 72, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Nabihah Mohd Noor.