Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Najib Razak untuk membatalkan pertuduhan meminda laporan akhir audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya bersama-sama bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy.<br /><br />Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pertuduhan terhadap Najib, tidak mengelirukan seperti didakwa bekas perdana menteri itu.<br /><br />Najib memohon dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan meminda Laporan Audit 1MDB yang didakwanya tidak berasas dan bersifat menindas.