Bernama melaporkan kira-kira 200 anggota Bersatu bahagian Kubang Pasu, Kedah keluar parti hari ini<br /><br />Tindakan keluar secara beramai-ramai itu diketuai oleh bendahari sementara bahagian, Tengku Anwar Tengku Daud dan disertai oleh orang nombor dua Srikandi, Zakiah Yaakob dan ketua penerangan Armada, Mohd Saffiq Rodhi.<br /><br />Bercakap pada sidang media untuk mengumumkan langkah mereka, Tengku Anwar mengatakan bahawa 25 daripada 35 ketua bahagian di bahagian itu juga telah keluar dari Bersatu.
