Seorang wanita yang menjadikan "diving" atau selam skuba sebagai hobi sehingga mulai jatuh hati dengan hidupan marin di perairan Balok, Kuantan umpama 'keluarga' keduanya.<br /><br />Menurut Raja Tatina Raja Musa, 47, aktiviti selam skuba dan laut dalam bagaikan sudah sebati dengan dirinya malah, sanggup menempuh perjalanan lebih 200 kilometer setiap minggu semata-mata untuk bersama 'anak-anaknya'.
