Kemenangan Fattah Amin dan Neelofa menerusi Top Top Meletop kategori lelaki dan wanita dalam Anugerah Meletop Era 2017, membuktikan drama bersiri Suri Hati Mr Pilot gandingan mereka berjaya menjadi fenomena.<br /><br />Tidak menyangka sambutan hangat yang masih diterima, mereka mengakui masih ada segelintir peminat yang mengharapkan kisah cinta mereka dalam drama itu menjadi realiti.