Sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki dipercayai kurang siuman melakukan kekacauan menjadi tular selepas bertindak mecampakkan barangan dari dalam kedai serbaneka sebuah stesen minyak di ibu negara tengah hari tadi.<br /><br />Menerusi video berdurasi 2 minit 51 saat yang dimuatnaik secara Live di Facebook itu kelihatan seorang lelaki mengamuk sambil diperhatikan orang awam yang berada di tempat kejadian.
