Malang tidak berbau bagi seorang lelaki Di Bukit Batok, Singapura apabila terpaksa dibawa ke hospital selepas terlibat dalam satu letupan kereta 6.28 petang semalam.<br /><br />Difahamkan kanister gas butana dijumpai di tempat kejadian namun menurut polis, punca letupan itu masih disiasat. Kejadian itu turut di rakam orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian.
