SALAH satu kapal layar terbesar di dunia, bernilai kira-kira 460 juta USD telah menjalani pemeriksaan akhir di Gibraltar sebelum diserahkan kepada pemiliknya, Andrei Melnichenko, salah seorang jutawan Rusia pada Isnin.<br /><br />"Sailing Yacht A" dengan teknologi canggih dan rekaan luaran yang menarik dibina oleh syarikat Nobiskrug dari Jerman dan telah direka oleh Philippe Starck.
