Seramai 104 penumpang terkandas selama hampir lapan jam susulan kekurangan kemudahan kuarantin apabila pesawat mereka yang mendarat di KLIA tiada dalam jadual asal.<br /><br />Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata penghantaran individu-individu terbabit ke stesen kuarantin tergendala seketika kerana menunggu persiapan hotel untuk menerima bilangan individu yang besar.
