Calon Barisan Nasional, Mohd Zaidi Aziz berkata kerjasama antara Muafakat Nasional dan Bersatu sangat baik untuk membantunya sebagai calon untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim.

Menurutnya, pencadang calon bagi dirinya semasa proses penamaan calon tadi adalah ketua PAS kawasan Slim.

Mohd Zaidi yang merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim disenarai sebagai calon nombor dua di atas kertas undi.

Dia akan menghadapi calon bebas Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang mengunakan lambang "pokok".

Sementara itu, seorang lagi calon bebas ialah ahli akademik Santharasekaran Subramaniam yang menggunakan logo "buku" disenarai pada nombor tiga kertas undi.