Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) mempersoalkan pemimpin kerajaan hari ini jika mereka bersetuju dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengekalkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (UUCA).<br /><br />Sebelumnya dia bertanya kepada Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal jika dia bersetuju dengan undang-undang yang menghalang pelajar pengajian tinggi menyuarakan pandangan politik mereka.<br /><br />Ini selepas timbalan menteri itu berkongsi senarai program kementerian yang bertujuan meningkatkan literasi politik di kalangan belia berikutan langkah kerajaan pada tahun lalu menurunkan usia mengundi kepada 18.