Dr Mahathir Mohamad (Bebas-Langkawi) hari ini meminta anggota parlimen untuk menolak sebarang Rang Undang-Undang (RUU) meminta dana tambahan untuk perbelanjaan kerajaan, termasuk untuk penstrukturan semula kabinet Perikatan Nasional (PN) yang baru dibentuk.<br /><br />Beliau mengatakan bahawa kerajaan harus mengurangkan perbelanjaan bagi mengurangkan defisit negara di tengah-tengah pandemik Covid-19. <br /><br />Sebelum ini Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz membentangkan RUU kedua bagi peruntukan semula sejumlah RM7.18 bilion untuk penstrukturan semula kabinet.