Polis sedang menyiasat akuan berkanun (SD) yang muncul pada hujung minggu lalu yang menuduh seorang pemimpin politik pembangkang terkemuka melakukan liwat.<br /><br />Individu yang membuat SD itu juga dikatakan membuat laporan polis pada hari Ahad mendakwa dimanipulasi setelah dokumen itu disiarkan di blog Malaysia Today. Bagaimanapun ia tidak dapat disahkan.<br /><br />Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Wilayah Persekutuan, Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan bahawa laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.
