Surprise Me!

1,721 kes jenayah seksual kanak-kanak dicatatkan setakat Jun

2020-08-18 20 Dailymotion

Sejumlah 1,721 kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak direkodkan dalam tempoh Januari hingga 30 Jun tahun ini, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Zailah Mohd Yusoff.<br /><br />Beliau berkata kes rogol mencatat jumlah paling tinggi dengan 651 kes; cabul 344 kes; sumbang mahram 106 kes; luar tabii 106 kes; dan kesalahan di bawah Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) sebanyak 514 kes.<br /><br />RSN Rayer (PH-Jelutong) dalam soalan tambahan mengusulkan agar tertuduh yang sedang menunggu perbicaraan dan pesalah yang telah dibebaskan harus dipasang dengan alat pemantauan elektronik bagi melindungi kanak-kanak dengan lebih baik.

Buy Now on CodeCanyon