Kerajaan negeri perlu merujuk kepada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP sebelum melaksanakan sebarang prosedur standard operasi (SOP), kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.<br /><br />Katanya, penguatkuasaan undang-undang sukar dilaksanakan sekiranya kerajaan negeri melaksanakan peraturan yang tidak mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).<br /><br />Selain itu katanya, tindakan kerajaan negeri tersebut juga boleh dicabar di mahkamah kerana kuasa untuk melaksanakan Akta 342 merupakan hak kerajaan pusat.
