Seorang ahli parlimen hari ini mendakwa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi melakukan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 selepas melakukan lawatan ke luar negara bulan lalu.<br /><br />Menurut Teresa Kok (PH-Seputeh), Mohd Khairuddin Aman Razali berkunjung ke Turki pada awal Julai namun tidak melakukan kuarantin wajib selepas pulang ke negara ini.<br /><br />Ketika ditanya dari mana maklumat berkenaan diperolehi, Kok memberitahu Malaysiakini ia disampaikan oleh sumbernya.