Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tujuh lagi kes baru jangkitan Covid-19 direkodkan setakat tengah hari tadi, membabitkan tiga penularan dalam negara dan empat kes import.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, tiga kes baru itu merupakan kes di kluster Tawar dan kluster Sala.

Sehubungan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini adalah sebanyak 192 kes dan jumlah keseluruhan sebanyak 9219 kes.

Dimaklumkan juga bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini dan 26 kes telah pulih.