Surprise Me!

Ziarah pesakit di hospital, tak patuh SOP punca kluster Sala dan Tawar

2020-08-18 6 Dailymotion

Aktiviti menziarahi pesakit di hospital berkemungkinan menjadi punca jangkitan Covid-19 merebak di kalangan pesakit daripada Kluster Sala di Kedah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks mempunyai sejarah menziarahi pesakit di sebuah hospital bersama beberapa ahli keluarga.

Beliau khuatir amalan menziarahi pesakit di hospital mungkin menyumbang kepada penularan jangkitan memandangkan di hospital terdapat banyak pesakit yang boleh mengundang risiko jangkitan.

Sementara itu bagi kluster Tawar, siasatan awal menunjukkan ia berpunca daripada ketidakpatuhan SOP ketika perhimpunan sebuah ahli keluarga.

Buy Now on CodeCanyon