Dalam kenyataan medianya, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Roslan Shahrir Mohd Shahrir berkata majlis penyerahan borang itu ditangguhkan "atas sebab yang tidak dapat dielakkan".<br /><br />Facebook TV PAS Selangor pagi tadi bersiaran langsung dengan keterangan “TERGEMPAR!!! Majlis Pengisytiharan Tokoh Parti Amanah Negara kembali menyertai PAS”.<br /><br />Bagaimanapun, selepas 52 minit, siaran langsung itu tamat dengan hanya memaparkan latar set meja dan kerusi kosong, lengkap dengan mikrofon, seperti yang biasa dilihat pada sesebuah sidang media.
