Mukhriz Mahathir berharap Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan mempercepat pelulusan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sebagai sebuah parti politik yang sah.<br /><br />Dia yang merupakan presiden penaja (interim) Pejuang berkata demikian selepas menghantar permohonan rasmi bersama-sama pengasas parti itu yang lain, di ibu pejabat ROS di Putrajaya hari ini.