Mukhriz Mahathir yang merupakan presiden penaja (interim) Pejuang menunjukkan lambang parti itu iaitu huruf jawi 'pha'.

"Pa untuk pejuang dengan tiga titik di atas melambangkan iman, Islam dan Rukun Negara.

"Kita harap ia jadi simbol perjuangan untuk masyarakat Melayu dan masyarakat Malaysia amnya.

"(Logo) juga kelihatan seperti perisai, untuk pertahan maruah rakyat dan orang Melayu," katanya lagi, yang dijangka akan menjadi presiden parti baru itu.