Ribuan penduduk meninggalkan rumah mereka di utara California kelmarin apabila ratusan kebakaran hutan yang bergerak cepat merebak ke seluruh wilayah tersebut, membakar rumah dan menyebabkan kematian seorang juruterbang helikopter.

Di Vacaville, sebuah bandar dengan kira-kira 100,000 orang yang terletak di antara ibu negeri Sacramento dan San Francisco, penduduk digesa untuk pindah pada waktu malam apabila api yang ditiup oleh angin menelan puluhan rumah.

Jurucakap Cal Fire Jeremy Rahn berkata pada keseluruhannya, kebakaran setakat ini membakar kawasan lebih 300,000 ekar di negeri itu.

Laporan oleh Reuters.