Umno akhirnya menamatkan polemik penyertaan Bersatu ke dalam Muafakat Nasional apabila mengesahkan telah menghantar jemputan kepada parti itu untuk menyertai gabungan yang diasaskan bersama PAS.<br /><br />Perkara itu disahkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam satu ciapan di Twitternya pagi ini.<br /><br />Ahmad Zahid berkata, keputusan itu dicapai berdasarkan mesyuarat yang dipengerusikan oleh timbalan presiden dari kedua-dua parti utama Muafakat Nasional.