Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan segera terhadap Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.

Ketua Pemudanya, Mohd Fauzi Hashim berkata, gesaan tersebut susulan dakwaan bahawa pemimpin Pas itu tidak menjalani kuarantin selepas pulang dari Turki pada Julai lalu.

Menurutnya, kegagalan pihak terlibat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan dibimbangi akan mewujudkan kluster baharu dan menimbulkan kebimbangan rakyat.

Mohd Fauzi berkata demikian selepas membuat laporan di Balai Polis Seksyen 6, di sini bersama pimpinan Pemuda Amanah berhubung isu tersebut.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mempertikaikan tindakan Khairuddin kerana tidak menjalani kuarantin selepas pulang dari luar negara.