Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memerlukan mandat baru bagi menghapuskan label “kerajaan pintu belakang", kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

“Kita mesti mendapat mandat baru sebagai kerajaan 12 parti bagi membuktikan bahawa ia bukan kerajaan pintu belakang,” katanya ketika ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim malam tadi.

Ini merupakan pertama kali ahli parlimen Bagan Datuk bercakap mengenai pilihan raya umum ke-15. Ia juga merupakan ceramah pertama yang diadakan bersama Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Zahid berjanji bahawa parti pemerintah akan merangka manifesto bersama sekiranya parlimen dibubarkan dan pilihan raya umum baru diadakan.