Tuduhan Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali melampau dan tak berasas, kata bekas menteri kewangan Lim Guan Eng.

Beliau mengulas dakwaan Azmin bahawa banyak nyawa rakyat akan melayang dalam menghadapi wabak Covid-19 ketika pentadbiran PH kerana menteri kewangannya enggan mengeluarkan peruntukan.

Azmin membuat dakwaan itu pada majlis ceramah ketika turun berkempen menyokong calon BN pada PRK Slim semalam.

Sementara itu Dr Dzulkefly Ahmad turut menjelaskan ketika beliau menjadi Menteri Kesihatan, tiada kes kematian berkaitan Covid-19 berlaku sehinggalah pemerintahan kerajaan diambil alih Februari lalu.