Pemandu lori yang berulang-alik menghantar sayur ke Singapura juga tidak perlu kuarantin diri, kata Tuan Ibrahim Tuan Man dalam hujahnya mempertahankan tindakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr Khairuddin Aman Razali.<br /><br />Timbalan Presiden PAS itu berkata, meskipun Khairuddin tidak melakukan kuarantin wajib selama 14 hari selepas pulang dari Turki, dia bebas daripada Covid-19 dan tidak menyebarkan wabak berkenaan.<br /><br />Beliau berkata demikian dalam satu kuliah subuh yang disiarkan secara langsung di Facebooknya semalam.