Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mendakwa bahawa 101 projek bernilai RM6.61 bilion telah diluluskan oleh kementerian kewangan melalui rundingan langsung di bawah bekas pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan.

Dakwaan itu menimbulkan keributan di Dewan Rakyat, dengan beberapa anggota parlimen Perikatan Nasional (PN) menuntut supaya menteri berkenaan untuk meyenaraikan semua projek berkenaan.

Namun, bekas menteri kewangan Lim Guan Eng memberitahu bahawa semua projek yang diluluskan melalui rundingan langsung mendapat persetujuan kabinet.

Pertikaman lidah itu berakhir dengan Ngeh Koo Ham (Harapan-Beruas) diarah keluar dari Dewan Rakyat selama satu hari oleh speaker Azhar Azizan Harun susulan pemimpin DAP itu yang enggan enggan duduk semasa perbalahan antara kedua-dua belah pihak.