Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Alexander Nanta Linggi berkata harga siling yang baru iaitu dibawah RM1 bagi pelitup muka akan diumumkan pada hujung September atau Oktober.

Jelasnya perkara itu akan diumumkan selepas pihaknya membuat kajian terlebih dahulu.

Beliau berkata demikian semasa soalan tambahan yang diajukan oleh ahli parlimen Rasah semasa sesi Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum ini, harga siling runcit baharu RM1 bagi sekeping pelitup muka jenis tiga lapisan sudah dikuat kuasa 15 Ogos lalu.