Surprise Me!

PAS gesa semua projek rundingan terus PH disenarai untuk tatapan umum

2020-08-25 1 Dailymotion

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa agar semua projek rundingan terus yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan sewaktu pentadbiran PH disenaraikan kepada umum.<br /><br />Ia susulan kenyataan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat semalam bahawa sejumlah 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion diluluskan oleh kementerian tersebut sewaktu pentadbiran kerajaan PH.<br /><br />Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata, kenyataan itu pastinya mengejutkan rakyat memandangkan PH selama ini melaungkan prinsip tender terbuka, termasuk dalam manifestonya.

Buy Now on CodeCanyon