Lim dalam sidang media sama di Parlimen hari ini mempertahankan kelulusan projek "direct award" yang diluluskan tidak bercanggah dengan peraturan kerajaan.

Bahkan apa yang dilakukannya itu tidak sama sekali bercanggah dengan manifesto PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng hari ini meminta Tengku Zafrul untuk mendedahkan keseluruhan 101 projek rundingan terus yang diluluskan pentadbiran PH.

"Saya cabar dia (Tengku Zafrul) dedahkan semuanya supaya rakyat boleh menilai dan membandingkan syarikat mana dan kroni siapa dapat tender serta menteri mana yang mohon kelulusan rundingan terus.