Pihak berkuasa mula membuat sekatan di jalan masuk ke ladang-ladang durian haram di Raub, Pahang, pagi ini.

Beberapa orang pekebun memberitahu Malaysiakini, mereka melihat kira-kira 20 orang anggota polis tiba di Kampung Sungai Chalit dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda.

Kerajaan Pahang sebelum ini dilaporkan berkata akan bertindak terhadap semua kebun haram di Kampung Sungai Ruan dan Kampung Chalit, Raub bermula semalam.

Pekebun mendakwa mereka menduduki tanah kerajaan berkaitan sejak 70-an melalui Rancangan Buku Hijau kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun kerajaan negeri menganggapnya sebagai pencerobohan dan mahu melakukan pemutihan dengan memajakkannya kepada Royal Pahang Durian Produce-PKPP Sdn Bhd (RPDP-PKPP)

Sumber video: SAMKA secretariat