Kerajaan dalam usaha membantu hampir sejuta penjaja tepi jalan yang didapati tidak mempunyai sebarang rekod pendaftaran dengan mana-mana agensi.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dr Wan Junaidi Tuanku Jaffar, menyifatkan golongan penjaja sedemikian tidak mendapat pembelaan sewajarnya ketika krisis COVID-19 melanda negara sejak awal tahun ini.

Beliau menjelaskan, golongan penjaja yang memasarkan pelbagai produk, termasuk barangan hiliran itu sebaliknya sekadar memperoleh sumbangan secara peribadi, menerusi beberapa pakej rangsangan oleh kerajaan.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Port Dickson) mengenai keperluan menyelaraskan bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan nasib penjaja kecil-kecilan berupaya dibela sewajarnya.