Kementerian Kesihatan mahu kawalan sempadan terus dipertingkatkan bagi mengekang kemasukan individu berpotensi dijangkiti COVID-19 di dalam negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ini kerana terdapat beberapa negara yang kini menghadapi ancaman gelombang baharu penularan COVID-19.

Beliau turut mengingatkan, perkara yang sama boleh berlaku di negara ini sekiranya rakyat leka dan memandang remeh situasi gelombang baharu penularan COVID-19 di luar negara.

Justeru, beliau percaya Akta 342 amat penting untuk dikuatkuasakan bagi memutuskan penularan COVID-19 di negara ini.