Pihak polis menembak gas pemedih mata ketika bertembung dengan penunjuk perasaan pada malam kedua rusuhan di Kenosha, Wisconsin semalam.

Rusuhan itu berlaku bagi membantah tindakan pihak berkuasa menembak seorang lelaki kulit hitam, Jacob Blake dari belakang sebanyak tujuh kali, di hadapan tiga orang anak lelaki tersebut.

Blake bagaimanapun selamat selepas pembedahan namun disahkan lumpuh separuh badan.

Visual oleh Reuters.