Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun menolak usul tergempar untuk membahaskan tindakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali yang melanggar perintah kuarantin.

Azhar, dalam surat yang dilihat Malaysiakini, berkata perkara itu tidak mendesak dan Khairuddin pun sudah didenda dengan kompaun RM1,000.

Azhar menjawab soalan Hassan Karim (Harapan-Pasir Gudang), yang menulis pada hari Isnin untuk meminta perbahasan segera mengenai perkara itu.

Hassan hari ini mengemukakan rayuan penolakan itu di Dewan Rakyat dan Timbalan Speaker Rashid Hasnon menyatakan beliau perlu menulis kepada pejabat Speaker sekiranya ingin menyemak keputusan itu.