Surprise Me!

Armada tetap tegas mahu sekolah vernakular dihapuskan

2020-08-26 1 Dailymotion

Ketua Pemuda Bersatu yang baru dilantik, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal hari ini mengulangi bahawa sayap partinya mahu sekolah vernakular dihentikan secara berperingkat.<br /><br />Dalam satu kenyataan, timbalan menteri belia dan sukan itu berkata walaupun Akta Pendidikan 1996 tidak membenarkan menteri pendidikan untuk menghapuskan sekolah-sekolah tersebut, kerajaan perlu memberi perhatian kepada "persepsi negatif" bahawa sekolah vernakular kononnya gagal melahirkan pelajar yang patriotik.<br /><br />Wan Fayhsal merujuk kepada jawapan Menteri Perpaduan, Halimah Mohamed Sadique di Parlimen semalam jika beliau bersetuju bahawa sekolah vernakular merupakan halangan kepada perpaduan antara kaum.

Buy Now on CodeCanyon