Zuraida Kamaruddin mendakwa dua projek runding terus di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dibuat di luar pengetahuannya.<br /><br />Kenyataan itu hadir selepas Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz semalam mendedahkan 101 kontrak kerajaan - bernilai RM6.61 bilion - yang diberikan melalui rundingan terus di bawah PH.