Kerajaan Perikatan Nasional setakat ini tidak bercadang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menetapkan had tempoh masa untuk jawatan perdana menteri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan. <br /><br />Takiyuddin menjawab soalan Sim Tze Tzin (PH - Bayan Baru) yang meminta kerajaan menjelaskan mengapa ia menarik balik rang undang-undang untuk menetapkan had dua penggal untuk jawatan perdana menteri.<br /><br />Takiyuddin sebelum ini berkata tindakannya adalah mengikut Peraturan Mesyuarat 62, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan kerajaan tidak perlu memberikan alasan untuk menarik balik rang undang-undang berkenaan.
