Dalam wawancara bersama Malaysiakini, anggota Parlimen Muar itu menekankan "platform, gerakan atau mungkin juga parti" yang ingin dibawanya akan mengutamakan kepelbagaian.

"Kekuatan Malaysia adalah kepelbagaiannya.

"Sebab itu (gerakan ini) pelbagai kaum dan agama, dan benar-benar merangkumi 'lapangan tengah' Malaysia, iaitu kesederhanaan.

"Kami akan dengan tegas mematuhi Perlembagaan Malaysia dan paling penting, Rukun Negara yang akan menjadi prinsip yang memandu platform ini untuk menjamin hala tuju kami tidak menyimpang," katanya.