Seramai 778 individu telah ditahan kerana pelbagai kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.<br /><br />Selain itu 673 individu turut dikompaun, manakala 98 individu direman dan tujuh diikat jamin.<br /><br />Menurut Ismail, jumlah kompaun yang dikeluarkan semalam itu merupakan jumlah kompaun terbesar dikenakan dalam sehari semenjak PKPP dilaksanakan.
