Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin hari ini mengakui pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukanlah dibentuk selepas diadakan pilihanraya seperti biasa, tetapi berdasarkan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, presiden Bersatu berkata kerajaan PN tidak mempunyai apa-apa manifesto atau akujanji yang biasanya dibentangkan kepada rakyat semasa kempen pilihan raya.

“Namun, ini tidak bermakna bahawa saya boleh melakukan sewenang-wenangnya.

"Tiada manifesto bukan bermakna tiada kebertanggungjawaban atau accountability kepada rakyat. Accountability sebagai pemimpin tetap ada,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di Kuala Lumpur, semalam