PENYANYI Aina Abdul memberitahu dia tidak ralat apabila muzik video lagu baharunya iaitu Maybe / Kelip2 dibandingkan dengan hasil karya beberapa artis lain.

Kata Aina atau nama sebenar Nurul Aina Abdul Ghani, 27, dia percaya soal rezeki dan yakin suatu hari nanti usahanya akan mendatangkan hasil.

“Semuanya bergantung kepada rezeki, semua orang boleh menilai dengan baik dan bebas untuk mendengar apa yang mereka inginkan.

“Walaupun tontonan video muzik saya rendah, saya percaya ia akan berkembang dan suatu hari saya akan capai apa yang diinginkan,” katanya kepada mStar.

Tambahnya, dia pernah berada di satu tahap di mana enggan membaca komen-komen positif kerana tidak ingin leka dengan pujian pendengar.

Klik link di bawah bagi mengetahui artikel berkaitan:-

https://www.mstar.com.my/video/2020/09/03/tontonan-mv-maybe-kelip2-aina-abdul-rendah-mana-pergi-netizen---kalau-rasa-patut-dapat-view-lebih-tolong-kongsi