Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Dr Mahathir Mohamad menyasarkan akan memenangi 36 daripada 222 kerusi parlimen pada pilihan raya umum (PRU) ke-15 akan datang.<br /><br />Bekas perdana menteri itu berkata, walaupun jumlah sasaran kerusi itu kecil, namun ia akan menjadi kuasa penentu gabungan mana yang akan menubuhkan kerajaan.<br /><br />Mengulas lanjut, anggota parlimen Langkawi itu berkata, jika ada parti yang mahukan sokongan Pejuang, mereka perlu akur kepada syarat ditetapkan.
