Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin tidak terlibat dalam projek rundingan langsung sisa pepejal Taman Beringin, kata setiausaha politiknya.<br /><br />Nor Hizwan Ahmad berkata, sebaliknya bekas menteri kewangan Lim Guan Eng yang membuat rundingan projek itu dengan kontraktor, Bumi Segar Indah Sdn Bhd menurut surat yang dikeluarkan syarikat itu.<br /><br />Sebelum ini, Zuraida mengatakan projek sisa pepejal Taman Beringin bernilai RM170.3 juta telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan melalui surat bertarikh 20 Februari 2019, yang ditujukan kepada ketua setiausaha kementeriannya.