Youtuber Veveonah Mosibin menafikan kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin yang mendakwa bahawa pelajar itu tidak mengambil peperiksaan ketika memanjat pokok dalam video tularnya.

Kata pelajar Universiti Sabah Malaysia itu, dia juga tidak pernah berjumpa dengan Zahidi atau membincangkan sebarang isu berkenaan masalah jalur lebar di kawasannya dengan menteri itu.

Semalam, Zahidi mendakwa bahawa Veveonah sebenarnya tidak mempunyai sebarang peperiksaan dan hanya sekadar membuat kandungan tular terbabit untuk hiburan dan menempah nama.

Bagaimanapun, Zahidi kemudian mengaku terkilaf ketika membuat dakwaan tersebut dan mengatakan beliau mendapat maklumat yang tidak tepat semasa memberikan jawapan di Dewan Negara semalam.