Bekalan air di 948 kawasan atau 73.37 peratus daripada 1,292 kawasan terlibat gangguan bekalan air tidak berjadual di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang pulih sepenuhnya setakat 6.30 pagi ini.<br /><br />Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata baki 344 kawasan masih dalam proses pemulihan.<br /><br />Wilayah Hulu Selangor adalah kawasan pertama mencatat peratusan pemulihan sepenuhya (100 peratus), diikuti Kuala Selangor (99.25 peratus); Petaling (91.78 peratus); Gombak (72.99 peratus); Kuala Langat (50 peratus); Kuala Lumpur (47.37 peratus); dan Klang/Shah Alam (38.42 peratus).
