Satu rakaman video yang tular hujung minggu lalu menunjukkan seorang pemandu wanita berdepan detik mencemaskan apabila kereta Myvi dipandunya dirempuh sebuah kenderaan jenis Volvo yang dipercayai dipandu pemandu mabuk.

Video yang dirakam di Jalan Klang Lama Sabtu lalu turut menunjukkan orang ramai membantu pemandu wanita berkenaan untuk keluar dari kereta untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Menurut laporan Harian Metro, Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) telah pun mengenalpasti identiti pemilik kereta Volvo dan pemilik kereta Myvi tersebut dan meminta mereka supaya tampil membuat laporan polis.

Sumber video: https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/618566598847505/?v=618566598847505