Senator Muhammad Zahid Md Arip, bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad, menafikan tuduhan menjadi pencetus "Langkah Sheraton" yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).<br /><br />Bagaimanapun Zahid mengakui bersama pihak lain terbabit dalam gerakan menyekat Presiden PKR Anwar Ibrahim dan DAP serta mendakwa mendapat restu Mahathir yang ketika itu perdana menteri.<br /><br />Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan menjujung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong sempena persidangan Dewan Negara hari ini.