Menteri Besar Selangor Amirudin Shari memohon maaf atas “kekhilafan” selepas gambar penghantaran air ke rumahnya oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd yang dimuat naik oleh isterinya tular di media sosial.<br /><br />Masdiana Muhammad terdahulu memuat naik gambar itu bagi melahirkan rasa terima kasih kepada agensi itu yang yang membantu menghantar air ke kediamannya.<br /><br />Memetik laporan Bernama, Amirudin berkata gambar tersebut telah digunakan sesetengah pihak untuk menyerangnya ekoran isu gangguan bekalan air di negeri itu.
